My photo
SHIMA
Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
WHATSAPP SAYA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN @ TEMPAHAN : 017-6872124.

CARA MEMAKAI EYESHADOW.





Cara Memakai Eyeshadow :

Jika anda jarang memakai eyeshadow, ia mungkin kelihatan sukar untuk mendapat keputusan yg semula jadi lagi cantik. Walau bagaimanapun, dengan mengikuti beberapa panduan mudah, anda boleh belajar untuk memakai eyeshadow dgn sangat mudah.

Pemilihan Warna.

Mulakan dengan dgn warna2 neutrals. Sebelum eksperimen dengan warna-warna cerah, metallic atau gelap, anda perlu biasakan diri dengan warna2 neutrals. Warna coklat kelihatan cantik dan sesuai pada semua orang. Setelah anda biasa dgn cara mengaplikasi eyeshadow, anda boleh mula bereksperimen dengan warna-warna yang lebih terang dan berani.

Jika anda menghadapi masalah memilih warna, terdapat pelbagai rangkaian kosmetik yg menawarkan pelbagai kit eyeshadow yang berbeza warna yang biasanya mengandungi dua atau tiga tona warna.



Cara2 Memakai Eyeshadow.
Anda harus mempunyai tiga warna dalam keluarga warna yang sama. Anda akan menggunakan warna cerah pada tulang kening, warna yang paling gelap pada tulang mata/pelipat mata dan sederhana pada kelopak mata.

    * Gunakan berus eyeshadow atau aplikator span (guna berus lebih baik) dan sapukan warna yang paling cerah dibawah kening. Sapukan secara nipis sahaja
    * Sapukan eyeshadow warna sederhana ke atas seluruh kelopak mata anda sehingga ke tulang mata / pelipat mata
    * Tambah eyeshadow gelap ke tulang mata / pelipat mata anda menggunakan berus.
    * Gunakan berus atau hujung jari anda perlahan-lahan blend kan warna antara satu sama lain supaya ia tidak kelihatan seperti garis yang nyata.
    * Gunakan span utk membuang/ memadam kesilapan atau kesan comot eyeshadow anda

 
Lakukan eksperimen dengan teknik eyeshadow anda sehingga anda dapat teknik yang anda suka dan sesuai dgn anda. Sebaik sahaja anda selesa menggunakan warna-warna neutral, mula bereksperimen dengan warna2 pastel, metallic, cerah dan gelap. Have Fun !!

Comments

  1. saya tidak terlalu pandai dalam ber make up selalu sama teman.. akan saya coba praktekan. thanks for your information.



    nurdiana.web.id

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts